Disaat kita masih berjuang dalam memerangai wabak Covid-19, ada puak² ajaran sesat yg giat aktif dalam meracuni akidah umat Islam .
Sebagai Muslim yang sejati dan unggul kita disarankan untuk berhati² dengan fahaman atau ajaran sesat yg jauh terpesong dari Agama Islam.
APA ITU AJARAN QADIANI
AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab.
Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia
dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor,
Selangor.
Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai
Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.
Pada 15 Disember 1953, telah diadakan
perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Hasil perbincangan tersebut telah
diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu
menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.
Terdapat pelbagai penyelewengan
yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani.
Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.
Beliau berkata: “Demi ALLAH yang
nyawa saya di tanganNya, Dialah yang
telah mengutus dan menamakan saya
nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti.
Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang
kanannya dengan tujuan menguatkan
ajaran dan keyakinan pengikutnya.
Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa
benar-benar dibunuh dan bukannya
diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.
Selain itu, beliau mendakwa dirinya
mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi
ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu
mukjizat dan saya melebihi dari satu
juta”.
Katanya lagi:
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.
Mirza Ghulam Ahmad turut menakan
konsep jihad. Beliau telah menyebutkan
perihal jihad seperti berikut:
“Jihad dengan pedang telah dilarang.
Semua peperangan untuk agama
sekarang ini telah ditegah. Sekarang
jihad untuk tujuan agama telah diharamkan.
Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur
saya untuk mengiyakan kerajaan British
dan menentang jihad.”
Di samping itu, beliau turut melakukan
tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya.
KEPUTUSAN FATWA SELANGOR
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
(dikenali sebagai Jawatankuasa
Perunding Hukum Syara' dalam Enakmen terdahulu) telah memutuskan bahawa':
Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran
Qadiani itu telah dihukumkan haram oleh ulama Islam serata dunia.
Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan haram kepada
pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953,
Setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan
Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor.
Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.
Ciri Ciri Ajaran Qadiani
• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya
di Srinagar, India
Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:
Invitation To Ahmadiyah yang
dikarang oleh Hazrat Hj Mirza
Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul
Masih II).
Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
The Holy Quran With English
Translation And Commentary (Vol II,
Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud
Ahmad.
Fatwa tahun 1998 di atas telah
diperincikan pada tahun 2000 iaitu:
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telahmenjadi murtad
(keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil.
Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen
46 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Selangor 1984;
Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat
Muslimnya;
Dan Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan
kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri
Dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
KESIMPULAN
Akidah Islam berdasarkan pegangan
Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi
pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat di jauhi.
Oleh itu, umat Islam di Malaysia
khususnya di negeri Selangor perlu
menjauhkan diri daripada sebarang
aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.
Segera laporkan segala aktiviti yang
meragukan kepada pihak berkuasa
agama bagi membendung penularan
ajaran yang boleh merosakkan akidah,
syariah dan akhlak umat Islam.
0 Comments