Rezeki Suci Dengan Zakat Pendapatan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.




Ramai diantara kita yang masih tidak faham mahupun keliru dengan zakat pendapatan, apakah itu zakat pendapatan dan siapakah yang wajib menunaikan nya.



Maksud Zakat pendapatan adalah sebahagian kecil bayaran yang kita buat selepas menerima bayaran seperti gaji bulanan, tunggakan gaji, elaun, bonus atau dari sumber lain seperti pekerjaan tambahan (overtime @ part time).



Begitu juga jika kita menerima wang sewaan rumah, bangunan atau kenderaan.



Bayaran zakat pendapatan boleh dibuat di pejabat zakat yang berhampiran. Syaratnya, hasil usaha itu mestilah melalui jalan pekerjaan yang halal dan baik yang kita usahakan dengan cara yang halal.



Zakat sebenarnya adalah pemberian atau sedekah, cuma zakat pendapatan adalah wajib dilakukan jika kita cukup syarat, manakala sedekah yang tidak wajib (sunat) adalah terpulang kepada diri masing-masing.


Siapa yang wajib bayar zakat pendapatan dan apa syaratnya?

Mereka haruslah
  • Seoramg Muslim (Islam)
  • Merdeka
  • Milik Sempurna 
  • Cukup Nisab 
  • Haul

Terdapat beberapa jenis harta pendapatan yang korang wajib kena tahu, antaranya adalah;






1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Hasil harta yang diperolehi oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain samaada
kerajaan, swasta ataupun individu dengan melakukan sebarang usaha
dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua- duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam

Contohnya: Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah dan insentif, hasil ESOS (skim pilihan saham pekerja )
dan sebagainyaApa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.


2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

Merupakan harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. 

la merupakan pemberian yang diterima samaada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa" dalam berbentuk hartayang bukan dalam bentuk harta tetap(al'aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.


Contohnya:- Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah- Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan


3. Zakat Harta Kerja Bebas

Pendapatan harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contohnya: Bayaran perkhidamatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.

Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.

Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, broker danseumpamanya.

Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasil penuliasan, penerbitan, aktiviti seni, dan
sebagainya.


Hasil tunai sekali sekala seperti hasil
pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.



4. Zakat Harta Al-Mustaghallat

Merupakan segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan
atau jualan hasilnya.


Contohnya;  Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya. 


Hasil sewaan kenderaan, pengankutan,
peralatan, aset atau sebagainya.


Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

Senarai diatas merupakan antara jenis-jenis zakat pendapatan yang korang wajib kena tahu.

Dengan menunaikan pendapatan ia secara tidak langsung mengajar kita bahawa dalam setiap rezeki yang kita perolehi terdapat rezeki insan-insan yang lebih memerlukan. Sedekah itu merupakan harta kita yang paling berharga sebagai bekalan diSana kelak.


Macam Mana nak Kira?

Zaman sekarang semuanya mudah sangat, korang klik link kat bawah ni, terus dapat tahu kiraan yang tepat.







Dalil Zakat pendapatan adalah wajib:

Firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang
yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada usaha kamu yarng
baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukkamu." Surah Al-Baqarah : Ayat 267



Untuk info yang lebih padu, korang boleh lawati Socmed LZS dibawah.

Facebook: Zakat Selangor
Instagram: @zakatselangor
Twitter: @zakatselangor
Website: Zakat Selangor











Post a comment

0 Comments