" Everything is Ohsem "

Monday, 9 December 2019

VM2020 Photo TreasureHunt Lembah Bujang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baru² ni aku ada sertai program VM2020 Photo TreasureHunt  Dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara melalui pejabat cawangan nya di negeri Kedah.




Bermula di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, para peserta terdiri dari photographer, pengamal media, dan lain² agency.



Setiap ahli kumpulan diwakili seoarang photographer dari Canon bertujuan untuk snap gambar sepanjang aktiviti dan seorang jurupandu yang mengandalikan kereta Mercedes Benz untuk membawa peserta ke destinasi yang ditetatapkan.



Selesai pembahagian ahli kumpulan, semua peserta diberikan soalan yang akan membawa mereka ke petunjuk dan soalan seterusnya, bagi aku soalan dia memang sangat kreatif dan mencabar otak.



VM2020 Photo TreasureHunt ini berlangsung selama 2 hari 1 malam, pada hari pertama kebanyakan aktiviti tertumpu di kawasan Lembah Bujang seperti di Sungai Batu dimana kami diberi tugasan untuk merakam video pendek mengenai Tapak Arkeologi Sungai Batu.




Balik ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, disini kami diberikan soalan yang mana semua jawapannya berkaitan tentang sejarah dan informasi yang terkandung disini.
Fuhhh dia punya soalan betul² mencabar otak betul2 nak bagi kita fikir dengan kritis.

Masa yang dihabiskan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang agak lama, dari dalam sehingga lah luar Muzium, bab yang paling penat ialah kira jumlah anak tangga dari bawah hingga ke puncak...fuhhh aku sampai naik turun tangga 3 kali nak pastikan jawapannya betul (114) anak tangga.




Destinasi seterusnya kami ke Bakau Hijau kat sini kami kena buat tugasan tangkap ketam nipas guna bubu, ikat umpan dalam bubu dan campak dalam paya, biasalah adat memancing ni, kalau bertuah cepat lah dapat, Alhamdulillah kami hanya tunggu dalam masa 15 minit sahaja untuk naikkan seekor ketam.






Tugasan masih belum selesai, sebab kami kena ikat ketam sebiji seperti yang diarahkan oleh penjaga chek point...dah sudah..hahahah, ketam nipah ni agak ganas fuhhh mencabar... sangat mencabar nak ikat ketam ni, Alhamdulillah berjaya ikat walaupun tak sekemas seperti contoh..hahaha kesian ketam tu.

Selesai tugasan ketam, kami kena siang Tiram segar yang dibela di sangkar, bab ni bagi aku sangat mudah...hahahahah sebab aku mmg dah biasa siang Tiram, bukan hanya siang kami kena makan Tiram tu segar....




Benda mudah tak jadi masalah, kami kena siang dan makan 8 ekor Tiram, dalam masa 15 minit je aku siap siang kesemua Tiram, dan telan 7 ekor Tiram, lagi seekor ahli teammate makan, no big deal.




Petunjuk dan soalan seterusnya bawa kami ke Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok disini soalan semua berdasarkan info yang ada disini, cuma biasalah Treasure hunt kan...soalan kena lah bombastik baru sel² otak ni berhubung, kebetulan pulak pada masa tu ada kenduri...ahahah jadi memang nampak sangat meriah lah..dengan kereta Merc berderet bagai.. hahahha it was so fun.






Kat sini tugasan dan soalan semuanya berkaitan dengan kehidupan yang ada kat situ, dia punya soalan boleh tahan mencabar dan yang paling tak boleh lupa senaraikan 60 penduduk tetap dibawah sini, boleh pulak ada yang ambik list nama tetamu majlis kat situ..heheheh lawak sangat.


Habis kat situ, kami pecut ke Sungai Petani tugasan untuk bergambar dengan Menara Jam Ikonik Simbol Sungai Petani, kendian terus ke Street Art di kawan SP jugak...haaaaa kat sini rata² semua jadi buntu sebab soalan yg dibagi fuhhhhh boleh tahan kretif, kebanyakan jawapannya berkaitan nama kedai dan info pasal kedai tersebut.






Puas berpeluh kat situ kemudian destinasi seterusnya ke Carnival Waterpark  dimana kebanyakan tugasan adalah untuk photographer mereka kenan snap gambar berdasarkan klu yang dibagi...bab main air semua orang suka...lagi² dah puas berpeluh....hahaha seronok pulak jadi kanak2 riang main air....hahaha.



Destinasi terakhir ialah di Cinta Sayang Resort, sebelum kami check in di Homestay Kampung Sungai Badak. Tugasan dan soalan kat sini dah agak senang dimana kesemua tugasan menghendaki kami bergambar...haha bab bergambar bab paling aku suka...hahaha.




Selesai tugasan disini kami berehat minum petang sebentar sebelum berangkat ke Homestay Kampung Sungai Badak dimana destinasi terakhir untuk hari pertama.






Di Homestay kami disambut meriah oleh peduduk kampung dan pemilik homestay, kami dihidangkan makan malam ala kampung yang sangat sedap, sambil itu ada juga demonstrasi pembuatan karipap pusing dan kuih karas.





Kami debahagikan kepada keluarga angkat masing² dan bermalam dirumah keluarga angkat. Alhamdulillah keluarga angkat kami sangat ramah dan baik.



Bermula hari ke-dua dan hari terakhir VM2020 Photo TreasureHunt, kami bersarapan di Homestay sebelum menuju ke Destinasi terakhir iaitu di Puncak Gunung Jerai. Bergambar ramai² bersama penduduk kampung dan ahli keluarga angkat, walaupun cuma semalaman tapi kemesraan yg ditunjukan buat kami rasa sebak.

Menuju ke Gunung Jerai dengan Jentera buatan German seolah olah  jalan seperti di atas Jalan rata, Terima kasih Cycle and Carriage untuk tajaan kereta Mercedes sepanjang aktiviti TreasureHunt.








Setibanya kami di puncak, kami disambut oleh kakitangan The Jerai Hill Resort Gunung Jerai dan meneragkan tentang tugasan, tapi untuk mulakan tugasan kami perlu bermain permainan dimana dikehendaki ambil kelapa 100 meter dihapan dengan mata tertutup hanya fokus arahan oleh ahli kumpulan...ahah memang aku lah yg kena buat, haha seronok wei.



Ok selesai game tadi, kami dikehendaki selsaikan 5 tugasan yang berbagai bentuk terasa seperti di kem Team Building pulak...hahaah.
Ada tugasan kopek kelapa tua, susun puzzle, susun paku, bagi aku sangat seronok.










Selesai semua tugasan kami Berkumpul di dewan untuk upacara penutup dan penyampain hadiah untuk pemenang sambil makan tengah hari.  Hadia pertama berupa 
wang tunai RM1600, RM1200 untuk tempat kedua dan RM800 untuk tempat ketiga.




Walaubagaimanapun pasukan aku tak ad rezeki nak menang, tapi tapi tapi...aku menang cabutan bertuah dapat Vacuum cleaner...ohsem kan.

Berakhir lah sudah VM2020 Photo TreasureHunt di Lembah Bujang, satu event yang bagi aku sangat seronok, menarik sambil kita belajar tentang sejarah.

Terima kasih buat pihak Tourism Malaysia kedah, Tourism Malaysia Wilayah Utara, Cycle and Carriage dan semua pihak yang terlibat.

Negeri kedah memang awesome.

















0 comments:

Post a comment

Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)