Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Aku memang seorang yang jenis kuat makan dan suka cuba pelbagai variasi makanan tak kisah kat mana aku pergi.
Lagi² kalau makanan yang ala² street food mcm tu, best best.
Diorang lancarkan gaya makan buffet ala² seperti street stall "gerai" macm tu, dimana bagi aku sangat menarik.
Hanya pada setiap hari Sabtu sahaja sepanjang bulan Disember korang boleh cuba makan malam ala² gerai kat sini, baru ada rasa exclusive gitu.
Sebaik saja aku melangkah masuk di Royale Songket aku disaji dengan haruman masakan dari Stall Arabic Tent bau wangi dari daging kebab yang dibakar cukup menaikan selera wooow dia punya Shawarma serius sedap, lagi makan dengan roti pita xpun roti naan.
Terdapat 10 gerai yang menampilkan konsep berbeza bersama pelbagai jenis masakan dan kudapan yang sedap² sebab setiap stall ada makanan yang berbeza.
Stall Arabic Tent
Stall BlueWave Delicacies
Stall Night Hawker
Stall Little India',
Stall Texas Ranch
Stall Penang Street
Stall Italian Corner
Stall Nyonya Street
Stall China Town
Stall Sup' dan 'Dessert Corner'.
Manakala Pasta E-Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim pula disediakan di gerai Italian Corner.
Dia punya sosej memang panjang dan serius sedap...lagi² kalau makan dengan Bebola Daging Keju yang berkrim....perghhh layan wei.
Yang paling menarik minat aku adalah gerai Penang Street sebab ada Awek cantik ehhh... ehh sebab ada Rojak buah... serius sedap. Masa ni aku pergi dengan Blogger tersohor Fadzil Ahmad, memang best makan² sambil borak dunia blogging.
Memang meriah masa kami makan malam disini, rata² semua chef dan staff sangat peramah rasa sangat selesa.
Bagi menambah lagi kemeriahan bufet malam bertemakan gerai-gerai, masakan India juga ditawarkan di salah sebuah gerai iaitu gerai Little India.
Antara menu disitu ialah Roti Canai, Vadei, Marukku, Dhall, Kari Ikan, Kari Kambing, Kobis Goreng Kunyit, Daging Hitam, Ayam Goreng Berempah, Sambal, Papadom dan Nasi Putih.
Rasai snek dan masakan kegemaran Malaysia di gerai Penang Street, Nyonya Street, China Town dan gerai Sup.
Bagi mereka yang menggemari masakan Cina, nikmati Dim Sum, Chinese Pancake dan Mee Wanton di gerai Chinese Town.
Selain itu, korang juga boleh mencuba masakan di gerai Nyonya Street yang menawarkan Laksa Nyonya Melaka. Di gerai Sup pula, terdapat Sup Tulang Daging Tetel dan Szechuan Crab Meat Soup.
Aku memang penggemar pencuci mulut dan kat Royale Songket ni dia punya pencuci mulut memang perghhh sedap baq hang. Antara pilihannya termasuklah Air Batu Campur Leleh, Ice Cream, Bubur Jagung Manis dan Aneka Kek, kek dia semua sedap².
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke
Harga : RM 69.00+ Dewasa
RM 34.50+ Kanak-Kanak (4-11 tahun).
RM 34.50+ Kanak-Kanak (4-11 tahun).
Instagram: grandbluewave_shahalam
0 Comments