4 Trick Travel Jimat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Aku memang jenis yang suka travel, lagi² travel berdua xpun travel sorang², 



Dan mesti ramai juga antara kita ni kaki travel kan? Dulu nak travel jauh-jauh banyak yang nak kena fikir terutama pasal duit. Sebab aku tak boleh nak nafikan travel merupakan salah satu hobi yang menggunakan duit yang agak banyak. 


So, memang sebelum kita pergi kena sediakan duit tu dulu. Namun, sebenarnya ada je cara yang boleh kita gunakan untuk travel jimat ni. Aku ada baca dan cuba sendiri apa yang dah orang lain share. 


1. Beli tiket flight masa promo

Seperti yang kita tahu Airasia dan Malaysia Airlines selalu buat promo. Jadi kalau kita dah ada plan nak pergi travel, pastikan kita grab tiket flight kita masa ni. 


Banyak kot kita boleh jimat sebenarnya sebab selalunya kalau promo ia akan cut dalam 30% ke 50% harga tiket. Malah ada kala kita just bayar service charge je, tiket kita sebenarnya free. 


2. Bandingkan harga tiket

Sebelum hari promo Airasia atau mana-mana airline yang lain, pastikan kita comparekan dulu harga dengan airline lain yang ada. Banyak medium yang boleh kita gunakan, antaranya Traveloka

Kenapa kita nak kena comparekan? Sebab ada orang yang suka travel bawa luggage dan seperti kita tahu harga tiket Airasia ni tanpa luggage. Kalau kita tambah luggage dan meal harganya akan jadi lebih mahal. 

So, kita comparekan lah dengan airlines lain yang memang dah include luggage dan juga makan untuk pastikan tiket yang kita dapat masa promo tu memang dah yang termurah. 


3. Pilih airport transfer yang sesuai

Seperti yang kita tahu, banyak je airport transfer yang boleh kita gunakan Cuma tinggal pilih je. Nak pilih pun banyak aspek yang perlu kita tengok juga. Selalunya orang akan lebih prefer guna KLIA Express sebab akan direct ke KLIA. Cepat pun cepat. 

Namun sebenarnya ad acara lain kalau kita nak jimat ni. Cuba kita try guna KLIA Transit pula sebab yang membezakan KLIA transit ni ia akan berhenti di beberapa station sebelum sampai ke KLIA. 

Aku suka buy KLIA Transit Online kat Traveloka Traveloka sebab senang. Tak payah serabut kepala nak fikir nanti. Trick guna KLIA transit yang aku boleh share, kalau daripada KL Sentral jangan terus direct ke KLIA. 

Korang boleh beli tiket ke Putrajaya Sentral dulu. Sampai Putrajaya Sentral, korang keluar, lepas tu pastikan korang beli tiket daripada Putrajaya Sentral ke KLIA pulak. Nampak macam leceh kan? Tetapi percayalah korang takkan menyesal sebab korang boleh jimat lebih daripada 50% daripada korang beli direct ke KLIA. 

Kalau korang tak nak guna KLIA Transit, boleh cuba beli airport limo booking promo dekat Traveloka, agak murah dan mudah berbanding guna airport teksi ataupun grab yang lain.

4. Beli tiket aktiviti secara online

Aku dulu tak percaya benda ni sebab aku rasa mustahil beli online lagi murah daripada beli dekat kaunter. Tetapi bila aku cuba sekali, dan akhirnya aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. 

Memang beli online jauh lagi jimat dan memudahkan kita lagi nanti. Sebab kebanyakan tempat, ia akan ada laluan khas untuk orang yang dah ada ticket online. So, kita boleh direct masuk je nanti. 

Selain tu, kalau kita pergi negara yang ada pass untuk tourist macam Korea, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi berbaloi sebab dengan pass tu banyak tempat kita boleh pergi. Dah lah harga pass tu lagi murah daripada harga kita beli ticket satu per satu. 

Memang sangat-sangat berbaloi. Just kita je kena aturkan kita punya itinerary supaya kita boleh maximizekan kegunaan kad tu.

Ini sedikit trick yang boleh kita gunakan kalau kita nak travel. Aku tak nafikan ada perkara yang agak leceh tetapi ia sangat berbaloi dengan penjimatan yang kita dapat. 

Kita kena rajin cari dan cuba benda-benda yang orang dah share untuk dapatkan satu hasil percutian yang jimat tetapi masih selesa. Yelah, kita masih memerlukan keselesaan yang terbaik ketika travel nanti kan. 

Post a comment

5 Comments

  1. Dịch vụ sửa điều hòa Fujitsu tại thanh xuân 24h.

    ReplyDelete
  2. Thợ vệ sinh lồng máy giặt Panasonic cửa trên.

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna ....tips tak nak pening2 nak fikir pasal persediaan travel pulak ikut travel ejen

    ReplyDelete