6 Tempat Ohsem Wajib Lawat Di Perlis Negeri Kayangan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Perlis sebuah Negeri Kayangan Yang mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik untuk galakan eko pelancongan.

Dengan kerjasama KTM Berhad, Tourism Malaysia Wilayah Utara dan Tourism Malaysia Perlis. Aku dan rakan² dari pelbagai agency ke Negeri Perlis menggunakan Train ETS dari KL Sentral menuju Padang Besar dimana merupakan stesen terakhir bagi laluan ETS KL-Padang Besar.




Mempromosikan " Tour by Rail" oleh KTM Berhad dimana menggalakkan pelancongan menggunakan train.

Perjalanan daro KL menuju ke Padang Besar mengambil masa dalam 4 jam lebih, tetapi dengan tempat duduk yg selesa serta pemandangan indah sepanjang perjalanan membuatkan 4 jam langsung tak terasa.

Setiba kami di stesen Padang Besar, kami disambut oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Utara dan Tourism Malaysia Perlis.

Berikut adalah 6 tempat ohsem yang korang boleh lawat dan singgah setibanya di Negeri Kayangan ini.

1. Arked Niaga Padang Besar.

Boleh dikatakan Syurga untuk yang suka membeli belah, dari kuih muih, kerepek hingga lah ke Narita (Toto) semua boleh didapati disini. 



Bagi aku yang kaki bola semestinya Jersi Bola sepak yang aku cari..heheh..

Dengan menggunakan ETS korang boleh terus berhenti di stesen terakhir iaitu Padang Besar dan menaiki Grab ke Arked Niaga Padang Besar, sangat mudah.





2. Homestay Felda Kampug Mata Ayer

Salah satu Homestay yang berdaftar di Perlis, disini kami diagihkan kepada keluarga angkat untuk merasai pengalaman bermalam suasana kampung, Alhamdulillah keluarga angkat sangat baik dan peramah.







Pada Malam hari, kami dihiburkan dengan persembahan dari Penduduk Tempatan, demonstrasi pembuatan kraf tangan berunsurkan surat khabar.






Yang paling best kami dihidangkan dengan makanan ala² kampung oleh Penduduk kampung, sangat sedap.








Penduduk disini sangat peramah dan sungguh sporting, terasa seperti berada di rumah.



3. Kanopy Walk FRIM 

Salah satu tarikan yang sangat menarik, dimana korang boleh cabar tahap gayat korang, Canopy Walk di Perlis ini hanya terletak 25minit dari bandar Kangar.
Dari Padang Besar, ianya berada dalam jarak lebih kurang 10km sahaja untuk ke FRIM ( Kebun Jati) dari Padang Besar. 






Bagi menaiki Canopy Walk @ Titian Canopy ini, korang hanya perlu bayar Rm5 untuk Dewasa dan bagi kanak-kanak hanya Rm3. Tiket bayaran boleh didapati di kaunter / pejabat FRIM.






Lepas je korang park kereta, korang dah boleh mula mendaki bukit. Jarak Canopy walk adalah sejauh lebih kurang 100 meter. Sebelum sampai ke tempat permulaan pengunjung perlu menaiki tangga untuk ke stesen pertama.



Mula je pengembaraan di Canopy Walk korang komfem rasa teruja menikmati suasana dalam kebun pokok jati ini, yang pasti korang akan merasa teruja apabila dapat berdiri sama tinggi dengan pokok kayu jati yang antaranya berusia lebih 40tahun. 






Jangan risau, bagi anda yang mungkin gayat dengan ketinggian, anda boleh berhenti di pit stop yang disediakan. 



Canopy Walk di Perlis adalah antara tarikan menarik pengunjung ke Perlis. Jika korang masih belum cuba, inilah masanya untuk korang cuba.






Waktu lawatan ke Canopy Walk di Perlis adalah dari 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Manakala, jika korang memerlukan lawatan pada hujung minggu, tempat ini akan dibuka mengikut permintaan pengunjung.





4. Gua Kelam 2




Gua Kelam ini merupakan gua melombong bijih timah yang kedua tertua di dunia selepas Brazil. 


Menjadi daya penarik bagi negeri Perlis dengan keindahan alam ciptaan Tuhan, gua dan gunung-ganang.


Kami berpeluang menuju dan menjelajahi GUA KELAM 2 bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Perlis Nature and Wildlife.










Bagi peminat-peminat sejarah geologi, Gua Kelam ini menyingkap sejarah perlombongan bijih timah abad ke 30-an. 



.
Keunikan dalam gua ini adalah terdapatnya jambatan kayu dan laluan yang di gunakan pada masa dahulu.





.
Terdapat juga kesan-kesan tinggalan aktiviti perlombongan yang boleh dirasai di dalam serta membuatkan para pengunjung rasa terpegun melihat artifak-artifak perlombongan di dalam untuk tujuan pembelajaran.


FB: Gua Kelam


5. Jambatan Tuanku Syed Putra




Satu tarikan untuk anak muda yang suka bergambar, Jambatan ini merupakan Jambatan yang menghubungkan dua kampung iaitu kampung Seberang Tuk Pi dan Kampung Seberang Ramai.




Pemandangan yang indah dapat dilihat dari atas Jambatan ini, sungguh indah Bumi ciptaan Tuhan, sungguh mengasyikkan.






Bagi photographer dan yang suka ambil gambar, pemandangan indah dari atas Jambatan ini pasti tidak akan mengecewakan korang.



6. Saksikan Matahari terbenam di Masjid Al - Hussain.




Keindahan Suasana Matahari terbenam boleh disaksikan ketika berada di Masjid Al - Hussain, terletak di Kuala Perlis, pemandangan indah yang disajikan sangat tidak mengecewakan.



Para Pencinta photography semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan indah ketika waktu senja dimana bermula nya Matahari terbenam.






Sepanjang perjalanan pergerakan Trip, kami menggunakan khidmat Bas dari Unicastana Holidays, siap Tour Guide sekali memang terbaik, driver bas cekap dan Bas sangat selesa.

Boleh Hubungi Mereka di;

UNIC Avenue B, No.5, Arked Kayang, Kompleks MARA, 01000, Kangar, Perlis
Phone: 604 - 978 1133
Mobile: 6012 - 425 7743
Fax: 604 - 978 1233
E-Mail: info@unicgroup.com.my


Bagi aku Negeri Perlis sememangnya kaya dengan tempat Eco Pelancongan yang indah dan sangat seronok, cuma ianya kekurangan promosi dan Papan Tanda yang memaparkan tarikan disesebuah tempat.


Selamat menikmati indahnya PERLIS.

Negeri Kayangan Tersimpan Seribu Kejutan





Post a Comment

0 Comments