Optom Eyecare - Bukan Sekadar Kedai Cermin Mata

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Masalah mata bukanlah benda yang boleh kita ambil ringan, lagi² zaman sekarang yang mana kita lebih banyak terdedah dengan gajet² untuk jangka masa yang lama.




Mata anugerah tuhan yang tak ternilai, maka kita harus sentiasa peka dengan kesihatan mata kita.









Aku mula ada masalah mata sejak kerja ulang alik naik moto, tapi biasalah manusia selagi tak serius selagi tu tak pergi buat cek mata.


Alhamdulillah, last week aku tergerak hati nak pergi cek mata lepas ramai kawan² cadangkan untuk buat pemeriksaan yg betul, ramai yang cadangkan ke Optom Eyecare yang terletak di Bangi.




First impressions aku, kedai ni nampak macam kedai cermin mata yg biasa, akan tetapi itu semua berubah bila optometrist kat situ bawak aku ke dalam bilik cek mata....

Woow bukan biasa2 dia punya mesin, serupa mcam pergi cek mata kat hospital. Terdapat tiga (3) mesin yg digunakan untuk dapatkan keputusan kesihatan mata kita.



Mata aku yg banyak terdedah pada 
sinaran UV



Urat saraf mata yg bertindih tebal
mungkin ada petanda sakit
darah tinggi.


Ujian untuk mengenal pasti tahap
kerabunan dan silau mata.


Selepas selesai ujian pemeriksaan dijalankan , Optometrists kat situ dapati mata aku terlalu banyak terdedah kepada cahaya UV dari aktiviti luar yg dilakukan tanpa pakai cermin mata gelap.




Tahap kerabunan aku pada kadar power -+150 untuk dua² belah mata dan silau -+75, akan tetapi disebabkan aku masih boleh melihat dengan jelas, mereka tidak sarankan aku untuk pakai cermin mata bagi activity harian, cukuplah hanya untuk kerja² tertentu sahaja.


Satu benda yang paling aku rasa terbaik kat sini adalah, mereka tidak akan terus cadangkan untuk pelanggan buat cermin mata jika tiada keperluan, sebaliknya cukup sekadar amalkan pemakanan sihat dan penjagaan mata yang betul.





Kualiti cermin mata disini jugak memang terbaik, sebabnya setiap kanta yg dibekalkan berupaya menghalang penembusan cahaya biru yg kebanyakan datang dari gajet yg kita gunakan seharian dan buatan berkualiti dari German.






Ini secara tidak langsung dapat mencegah mata kita dari rosak dek akibat terlalu terdedah dengan gajet pada jangka masa yg lama.






Di Optom Eyecare, Bangi bukan sekadar cermin mata sahaja, malas mereka juga turut memberi nasihat, kesedaran dan tips penjagaan mata yang betul, bagi aku itu memang betul2 ohsem dan terbaik.


Info Lanjut Mengenai Optom Eyecare




Alamat: Optom Eyecare Bangi

No 37, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

TEl: 011 1147 9093

Waktu Operasi :Dibuka Setiap Hari 9am-8pm



Post a Comment

0 Comments