Bahaya Ajaran Qadiani ! Umat Islam Perlu Berhati-hati

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera





Disaat kita masih berjuang dalam memerangai wabak Covid-19, ada puak² ajaran sesat yg giat aktif dalam meracuni akidah umat Islam .

Sebagai Muslim yang sejati dan unggul kita disarankan untuk berhati² dengan fahaman atau ajaran sesat yg jauh terpesong dari Agama Islam.



APA ITU AJARAN QADIANI


AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. 



Mirza Ghulam Ahmad 


Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia 
dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, 
Selangor.

Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai 
Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat  yang pada asasnya berpegang kepada  kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah  ajaran yang sebenar.


Pada 15 Disember 1953, telah diadakan 
perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. 


Hasil perbincangan tersebut telah 
diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah  terkeluar daripada Islam. Keputusan itu 
menyebabkan kumpulan tersebut  semakin lumpuh.




Terdapat pelbagai penyelewengan 
yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. 

Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. 

Beliau berkata: “Demi ALLAH yang 
nyawa saya di tanganNya, Dialah yang 
telah mengutus dan menamakan saya 
nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti.

Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang 
kanannya dengan tujuan menguatkan 
ajaran dan keyakinan pengikutnya. 

Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa 
benar-benar dibunuh dan bukannya 
diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya 
mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi 
ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu 
mukjizat dan saya melebihi dari satu 
juta”.

Katanya lagi: 
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi  selepas mengaku dirinya sebagai  Mujaddid.

Mirza Ghulam Ahmad turut menakan 
konsep jihad. Beliau telah menyebutkan 
perihal jihad seperti berikut:

 “Jihad dengan pedang telah dilarang. 
Semua peperangan untuk agama 
sekarang ini telah ditegah. Sekarang 
jihad untuk tujuan agama telah  diharamkan. 

Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya  menghabiskan sebahagian besar umur 
saya untuk mengiyakan kerajaan British 
dan menentang jihad.”

Di samping itu, beliau turut melakukan 
tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya.



KEPUTUSAN FATWA SELANGOR


Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 
(dikenali sebagai Jawatankuasa 
Perunding Hukum Syara' dalam Enakmen terdahulu) telah memutuskan bahawa':


Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran 
Qadiani itu telah dihukumkan haram oleh ulama Islam serata dunia.


Jabatan Agama Islam Selangor melalui  Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan haram kepada 
pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953,
Setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan 
Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. 


Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.



Ciri Ciri Ajaran Qadiani

• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya 
di Srinagar, India



Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau  memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:


 Invitation To Ahmadiyah yang 
 dikarang oleh Hazrat Hj Mirza 
 Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul 
 Masih II).


Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.

 The Holy Quran With English 
 Translation And Commentary (Vol II, 
 Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud 
 Ahmad.


Fatwa tahun 1998 di atas telah 
diperincikan pada tahun 2000 iaitu:


Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telahmenjadi murtad
(keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil.


Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan  Mahkamah Syariah mengikut seksyen 
46 Enakmen Undang-Undang Keluarga 
Islam Selangor 1984;

Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;

Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat 
Muslimnya; 

Dan Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan 
kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri

Dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.



KESIMPULAN

Akidah Islam berdasarkan pegangan 
Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi 
pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak  akidah dapat di jauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia 
khususnya di negeri Selangor perlu 
menjauhkan diri daripada sebarang 
aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang  telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.






Segera laporkan segala aktiviti yang 
meragukan kepada pihak berkuasa 
agama bagi membendung penularan 
ajaran yang boleh merosakkan akidah, 
syariah dan akhlak umat Islam.





Post a Comment

0 Comments