4 Tempat Menarik Wajib Lawat di Maran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Negeri Pahang Merupakan negeri Yang terbesar di Semenanjung Malaysia, dengan kepelbagaian Bioderversiti Flora dan Fauna menjadikan Pahang Negeri yang penuh dengan tempat menarik untuk activiti Pelancongan.

Baru² ni aku sempat travel ke Maran, salah satu daerah di Pahang yang bagi aku patut lebih diwarwarkan kepada umum tentang keistimewaan yang ada di Maran.

Dari kesenian hinggalah Keindahan Alam semula jadi yang memukau, berikut adalah 4 tempat best korang wajib lawat kalau singgah ke Maran.

1. Galeri M Warna (Aboh) Zakaria Adam



Terkenal dengan keunikan lukisan yang bertemakan "Periuk Kera" Aboh telah menjadikan tumbuhan exotic itu sebagai lambang seni yang indah dilukis.

Terletak di Kampung Sentosa, Maran, abah mempamerkan lukisan hasil tangan beliau yang unik untuk dilawati malah boleh juga dibeli.

Bagi peminat seni lukisan yang cantik dan unik , Galeri M Warna memang wajib dilawati bila singgah di Maran









2. Galeri Tokoh dan Galeri 3D Maran





Kini Maran juga mempunyai Galeri 3D yang bagi aku memang syok untuk bawak family mahupun budak2 sekolah.



Sangat menarik kerana kat sini korang boleh mengenali Tokoh Ilmuan dan Seni Negara yang berasal dan lahir di Maran seperti ustaz Badli Shah Alauddin dan ramai lagi.

Bagi aku sangat menarik untuk diketengahkan kepada generasi muda tentang tokoh yg berasal dari Maran.





Galeri 3D pulak sangat menarik untuk seisi keluarga bergambar dimana korang boleh guan imaginasi dan kreativiti masing² dlm bergambar kat prop yang sangat menarik.


3.  Taman Rekreasi Che Minah Sayang




Pahang memang kaya dengan sumber alam semula jadi yang memukau, jadi memang rugi kalau kita tidak hargai.




Salah satunya adalah Taman Rekreasi Che Minah Sayang yang betul² terletak dengan jalan besar, dengan Keindahan hutan dan alunan bunyi air sungai yang sangat jernih membuatkan hati sesiapa untuk terjun mandi manda.





Kat sini yang bestnya sewa pondok dia sangat murah pada kadar harga RM5 untuk 3jam.




Terdapat jugak taman Permainan dan Tandas Yang bersih diselia oleh pihak pengurusan. Korang wajib singgah kalau ke Maran







4. Hutan Lipur Lubuk Yu




SubhanAllah, itulah perkataan yang terucap bila sampai je kat sini, mata dihidangkan dengan Keindahan Alam semula jadi yang memukau dan sangat cantik.





Hutan lipur lubuk yu antara tempat yang sangat cantik pernah aku lawati, aor yang jernih, sejuk, suasana nyaman, udara segar bunyian unggas ditambah pula dengan bunyian air sungai, SubhanAllah cukup indah sekali alam semula jadi ciptaan Tuhan.



Kat sini juga merupakan tempat konservasi ikan Kelah, dimana terdapat banyak ikan kelah yang korang boleh lihat dan beri mereka makan.




Pasal Tandas korang jangan risau, sebab kat sini tandas dia bersih dan terjaga, tempat salin baju dia pun bersih, jadi memamg lengkap.



Kalau korang nak tahu, pada setiap tahun, tempat ni dijadikan tempat bagi acara tahunan " Hammockers Gathering" dimana para Hammockers satu Malaysia malah luar Negara akan turut serta untuk bermalam disini, syok giler.

Info Lanjut

Email - ecoparklubukyu@gmail.com
Tel - 018 904 8919 (Joe) 
WhatsApp - 019 7446 717 


Akhir kata, korang yang mana ada masa untuk melancong tu pergilah melancong didalam Negara, tak kisahlah dimana jua sekali pun yang penting dalam negara. 

Sebab Malaysia adalah Destinasi selamat untuk dilawati. Tahun Rakyat Malaysi Melawat Malaysia


Post a Comment

12 Comments

  1. Best nya kalau dapat piknik di Hutan Lipur Lubuk Yu !

    ReplyDelete
  2. whoa boleh bookmark ni! buat rujukan klau kesini

    ReplyDelete
  3. Gila best semua temlat ni... Menarik

    ReplyDelete
  4. Empat2 tempat tak pernah pergi.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya..dulu masa zaman belajar kat UiTM Jengka selalu jugak pergi lubuk yu tu...MMG best

    ReplyDelete
  6. Tq share info. Boleh jalan2 Maran lepas ni. Biasa ke Temerloh je.

    ReplyDelete
  7. Banyak jugak tempat menarik area sini, tak pernah jejak lagi..Nanti nak try lah..hehehe

    ReplyDelete
  8. selalu lalu je, next boleh singgah

    ReplyDelete