ZV Beauty Kembara KBBA9 ke Ghost Museum, Magic World, Ice Cafe dan Entopia antara Tempat Awesome kat Penang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Last weekend aku dan Ponder KBBA Ben Ashaari bersama rakan blogger Jalan² ke Pulau Pinang.


3 hari 2 malam kat penang sememangnya tak cukup, sebab banyak tempat yang sangat menarik yang memang wajib kena pergi.


Walaupun Jerebu agak tinggi bacaan IPU nya pada waktu tu, namun tetap kami gagahkan jua. Kali ni kami jalan² macam pelancong luar dengan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat disebabkan jarak yang tidak jauh.


Satu perkara yang aku perasan semasa kat Penang adalah ramainya pelancong luar (mat saleh) kat sini, rata² gaya backpackers (jalan kaki lebih mudah kita explore tempat menarik), terdetik kat hati... Seronoknya jalan² gaya gitu...


ok...sambung pasal Penang, kali ni aku sempat pergi ke 3 Tempat menarik yang korang Wajib datang kalau ke Penang.


1. Ghost Museum

Beralamat di No.57, Lebuh Melayu, George Town. Kat sini bukan macam rumah hantu biasa yang selalu tu, ni dia lebih kepada kisah asal usul hantu² dan rupa mereka.



korang akan dibawa oleh staff kat situ dimana dia akan terangkan pasal setiap hantu² yang ada kat situ dari hantu Melayu sampailah hantu orang putih.




korang jugak boleh jadi sebahagian dari hantu² dimana mereka sediakan kostum untuk korang pakai.





satu tempat yang sangat² menarik dan seronok, Ghost Museum Penang tempat yang wajib korang datang.


2. Magic World & Ice Cafe

Beralamat No. 193, Lebuh Victoria, George Town, tak jauh dari Ghost Museum hanya 10 minit berjalan kaki anda akan sampai ke Magic World Penang lagi satu tempat yang memang menarik yang wajib kena kunjung.

Kat sini korang boleh alami dan lihat benda² magic yang selalu korang tengok kat TV, mata korang akan diperdaya oleh ilusi yang mereka cipta.




korang jugak akan disajikan persembahan silap mata yang sangat menghiburkan, 💯 anak tempatan.


Bukan itu saja, dalam Magic World Penang ni terdapat nya ICE CAFE yg sangat menarik ala2 dunia Frozen dekorasinya, bukan saja korang boleh menjamu selera malah tenpatnya sangat cantik untuk bergambar.




3. Entopia by Penang Butterfly Farm

Jauh sikit dari George Town, terletak di Teluk Bahang, Taman Rama-rama Entopia merupakan satu daya tarikan yang sangat menarik dan berinfo wajib untuk dilawati terutama bersama anak².





masuk² je dah rasa seperti kat dalam susana hutan yang nyaman, fokus utama kat sini adalah rama² tapi terdapat juga pelbagai jenis serangga.

Bagus untuk anak² kenal pelbagai jenis rama-rama, serangga dan haiwan lain seperti katak dan labah².


Korang juga berpeluang untun bergambar dan pegang Kala Jengking.

Jujurnya memang boleh habiskan masa dalam berjam lamanya kat sini, yalah...tempat yang cantik untuk ambik gambar.



Kat sini dia punya suasana agak panas dan mudah berpeluh, tapi walaupun keaadan mcm tu make up kawan² blogger perempuan sentiasa cun.. flawless sepanjang masa, sebab dorang pakai make up dari ZV Beauty Collection Time ni rasa nak pakai make up pun ada...hahah nak flawless gitu..(ok gurau je)



Sebenarnya banyak lagi tempat yang sangat menarik kat Penang ni yang boleh kitorang pergi, malangnya cuaca yang berjerebu agak membataskan.

Jujurnya Penang memang awesome dan 3 hari 2 malam tak cukup, kalau dipanjangkan umur lain kali datang kesini naik Tren ETS pulak baru traveler gitu....heheh




Post a comment

0 Comments