"Semua Dalam Satu" Indoor Activity - SuperPark Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Baru² ni aku berkesempatan main di SuperPark Malaysia dibawa khas oleh Tourism Malaysia Sentral. 





First impression aku..."wooow" bertuah sungguh kanak² zaman sekarang, yelah pelbagai aktiviti menarik dalam satu bumbung dorang boleh main dengan mak bapak sekali boleh main sama.






Daripada asyik hadap gajet je, lebih baik bawak anak² main dan buat aktiviti yang sihat kay sini.

SuperPark "All in one" activity dibawah satu bumbung berasal dari negara Finland mempunyai 18 cawangan seluruh dunia dan SuperPark Malaysia merupakan yang ke-3 di Asia.




Berkonsepkan bermain, berseronok dan aktiviti yang memang memerlukan anda untuk bergerak amat bagus untuk semua peringkat masyarakat (all ages) supaya sentiasa kekal cergas, dimana semua aktiviti dalam ni digerakkan menggunakan kuasa badan manusia.


SuperPark Malaysia dilancarkan pada 06 Desember 2018 terletak ditengah pusat bandar Kuala Lumpur dimana ianya berkeluasan 40000 kaki persegi didalam pusat beli belah Avenue K.




Terdapat 3 kawasan permainan utama dimana terdapat lebih daripada 25 aktiviti yang sangat seronok dan sesuai untuk semua umur dan tahap kecergasan seseorang.

1. Adventure Area

Terokai jiwa kembara anda disini dimana ianya sesuai untuk kanak2 dan juga ibu bapa, terdapat 4 aktiviti yang sangat menarik di sini iaitu

  • iWall (interactive parkour game)
  • Flying Fox (zip wires)
  • Tube Slide (slides) gelongsor
  • Pedal Car Track



2. Game Arena 

Bersaing bersama ahli keluarga dan rakan2 korang kat sini, sambil asah bakat dan bermandi peluh, korang boleh main:
  • Baseball
  • Street Basketball
  • RoboKeeper (AI Goalkeeper)



3. Freestyle Hall

Lupakan gajet dan telephone pintar korang dan berseronoklah sepuasnya dengan aktiviti menarik yang sangat sesuai untuk kanak² dan ibu bapa, antara aktiviti yang korang boleh main adalah:

  • SuperClimb (panjang bongkah guna tali)
  • Ninja Track (Warrior obstacles course)
  • Skate and Scoot World
  • Trampoline Platform
  • Skate Rink 






Semua aktiviti dikawal dan diselia oleh staff dan jurulatih yang berpengalaman, jadi korang tak perlu risau ok, dan semua peralatan untuk setiap aktiviti dalam ni percuma untuk digunakan.


Harga dan Waktu Operasi

Super Days ( Sabtu, Ahad / Cuti Sekolah)

Regular Days ( Isnin- Jumaat) kecuali cuti umum 




SuperPark Malaysia bukan sahaja untuk activity bagi kanak beriadah malah ia juga sesuai untuk Syarikat² yang inginkan kelainan dalam program "Team Building" mereka, kerana SuperPark Malaysia juga menawarkan program khas untuk yang ingin buat Team Building.


Untuk info lebih lanjut korang boleh layari laman sesawang dan platform social media mereks seperti dibawah.

Web:    SuperPark Malaysia 

Facebook : SuperPark Malaysia

Instagram : @superparkmy

Email : events@superpark.com my


Lokasi

Terletak di Aras 4 Avenue K Shopping Mall



Post a Comment

0 Comments