ohfreefood!!! Mudahnya Berkongsi Rezeki

Assalammualaikum Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan dimana amalan baik kita pahalanya dilipatkali gandakan.


Amalan Berkongsi rezeki benda yang harus kita amalkan supaya ianya dapat dinikmati bersama.


Kadang² kita ada terlebih beli makanan dan terpaksa dibuang begitu sahaja...Ya Allah sayangnya. Kita mungkin nak berkongsi tetapi tiada medium yang membolehkan kita guna.


ok sekarang korang tak perlu risau lagi, kerana kini telah wujud satu aplikasi mudah alih yang sangat bagus membolehkan kita share makanan kita kepada insan² yg berhampiran kawasan kita...... hanya dengan apps ohfreefood!! 


Dengan wujudnya apps ini pengguna boleh Berkongsi makanan dan memohon makanan yang dikongsikan didalam apps ni bersama sesiapa saja yang berhampiran.


Bagi aku apps ni memang sangat awesome, dari kita membazir lebih baik kongsi rezeki.  Aku dah guna apps ni dalam masa sebulan lebih dan memang ramai yg murah hati berkongsi rezeki mereka setiap hari...bagi aku korang memang awesome.


Berkongsi rezeki itu sangat mudah bila kita tahu medium yang kita guna...lagi pun korang boleh tetapkan sediri dimana lokasi korang nak share makanan korang tu....terbaik bukan.


Korang boleh muat turun apps ni di Apps Store dan Play Store keyword OhFreeFood


Untuk makluman lanjut berkenaan apps ni boleh ke laman web mereka di OhFreeFood




Post a Comment

0 Comments