Segmen #KBBA9: 10 Tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur

10 Tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur

Assalammualaikum and salam sejahtera, fuhhh rasa lama sangat tak update blog yg bersawang ni. 

Baru2 ni kerap juga daku dilontarkan soalan2 dari kawan2 yg berasal dari luar negeri tentang tempat2 yg mereka boleh kunjungi jika bercuti di Kuala Lumpur.

Bercuti dan beriadah di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu perkara yg mustahil, malah ia nya merupakan aktiviti yg sangat menarik, dengan kepelbagaian tempat yg boleh dikunjungi oleh sesisi keluarga, Kuala Lumpur merupakan destinasi yg sesuai bagi seisi keluarga yg ingin percutian yg menarik tanpa risau akan perjalanan jauh.

Memandangkan bulan Mac ni ada cuti sekolah jadi marilah kita lihat tempat2 yang menarik di Kuala Lumpur yg boleh dikunjungi.

1. Beramah mesra besama haiwan2 di Zoo Negara

Zoo Negara merupakan tempat yg memang wajib dikunjungi oleh seisi keluarga, terdapat hampir 500 jenis spesis haiwan yg boleh didekati. Tedapat pelbagai pameran yg boleh dilawati seperti Taman Reptilia, tasik, akuarium malah terdapat juga ruang khas bagi pelbagai serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bagi kanak2 yg ingin bermain bersama haiwan2 Zoo Negara menyediakan juga tempat bagi haiwan2 peliharaan dan kawasan permainan.

 

source

2. Berkicauan mesra di Taman Burung

Dengan keluasan 20 ekar yg menempatkan lebih 300 jenis burung, Taman Burung Kuala Lumpur memang sesuai bagi keluarga yg inginkan suasana yg damai disamping kicauan merdu sang unggas. Sangat sesuai bagi anak2 yg ingin mengetahui dan mempelajari secara lebih jenis2 burung tempatan dan luar negara.

 

source

3. Kenali budaya dan sejarah di Muzium Negara

Dengan rekabentuk bangunan rumah tradisional yg unik dan tersendiri. Muzium Negara merupan tempat yg sesuai bagi anak2 untuk mengenali dan mempelajari budaya dan sejarah negara. Terdapat pelbagai pameran seperti replika rumah tradisional, susana perkahwinan, pakaian masyarakat melayu lama dan pelbagai alatan memburu hingga lah ke kelengkapan dapur. 


source

4. Berseronok di Taman Tema Sunway Lagoon.

Keterujaan akan memuncak tatkala tiba di Sunway Lagoon, dengan pelbagai variasi aktiviti air yg membuatkan anda seakan tidak ingin pulang hingga lah ke variasi aktiviti ekstrem bagi mereka yg gemarkan activiti yg mencabar adrenaline. Sangat sesuai bagi keluarga yg inginkan pelbagai aktiviti di satu tempat. Terdapat juga pusat beli belah Sunway Piramid bagi yg ingin mecuci mata mahupun berbelanja.


source

5. Menerokai Ikan laut di Aquaria KLCC

Bukan akuarium biasa, Aquaria KLCC juga dipanggil "oceanarium" dengan keluasan 60,000 kaki persegi dan dilengkapi 300 kaki terowong bagi membolehkan pengunjung untuk menerokai lebih dalam lagi spesis2 ikan yg terdapat di situ. Dengan tujuan untuk memberi pengetahuan berkaiatan hidupan akuatik, dari ikan air tawar paya hingga lah ke hidupan laut dalam yg menempatkan lebih 5000 jenis hidupan akuatik.


source

6. Beriadah di Taman KLCC

Tidak lengkap lawan ke KLCC tanpa singgah di KLCC park, tempat riadah bagi mereka yg gemar berjoggi g dan bersenam, disini juga terdapat pertunjukan air pancut. Bagi kanak2 terdapat juga tempat khas bagi mereka bermain.


source

7. Menikmati permandangan di Menara Kuala Lumpur

Permandangan Kuala Lumpur lebih indah jika dilihat dari mata langit. Dengan ketinggian 335 meter dan dilengkapi tempat meninjau, membolehkan anda menikmati permandangan bandar Kuala Lumpur, dengan lebih luas, sangat indah jika anda berada diwaktu Matahari terbenam.


source

8. Kenali Sejarah Raja2 di Istana Negara 

Istana Negara direka khas sebagai royal muzium, pengunjung boleh mempelajari sejarah Raja Raja, terdapat pelbagai bilik yg menempatkan koleksi barang2 Raja2 terdahulu, terdapat juga pengawal Istana yg berpakaian seragam moden dan tradisional.


source

9. Muzium Numismatic Maybank

Dimiliki dan diuruskan oleh Maybank, merupakan tempat yg terbesar di Malaysia bagi pengumpul wang kertas dan syiling. Sangat sesuai bagi seisi keluarga untuk mengetahui perihal matawang Malaysia. Terdapat pelbagai tarikan seperti matawang antik kertas mahupun syiling, juga terdapat binaan buatan pokok duit.


source

10. Bijak Sains di Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara dibina di atas bukit Kuala Lumpur dan sesuai untuk pelawat muda kerana ia memaparkan sains dan teknologi pendidikan. Pusat ini juga mempunyai perpustakaan multimedia, kafe, dan dewan belajar.


source

Ternyata Kuala Lumpur sememangnya bukan hanya sebuah pusat bandar dengan pusat membeli-belah malah terdapat banyak aktiviti dan tempat yg boleh dilakukan oleh penduduk tempatan dan pelancong. 

Untuk lebih tempat dan info yg menarik sila ke KBBA9.com

Post a Comment

0 Comments