Ohsemnow

" Everything is Ohsem "

Friday, 15 May 2020

Mudahnya Bayar Zakat Online

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera






Sekejap saja kan kita dah masuk ke 10 malam terakhir Ramadan, rasa seperti semalam je mula puasa.


Sememangnya Ramadan pada tahun ni sangat lain dari kebiasaan disebabkan Pandemic Covid 19, namun ianya tidak menghalang kita untuk kekal beribadah kepada Allah SWT.

Dan dibulan yang Mulia ini Umat Islam diwajibkan menunaikan Zakat Fitrah


"Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)"


Ramai yang bertanya, macam mana nak bayar Zakat jika kita tidak berakad dengan Amil Zakat, yalah sekarang kan bahaya untuk keluar rumah.


Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)


Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366).


Lihat Juga : Zakat Fitrah ikut Nilai Beras


Mudahnya Bayar Zakat Online

Dengan kemajuan Teknologi yang semakin hari semakin pesat, hampir kesemua urusan boleh dilakukan secara atas Talian dan Zakat tidak terkecuali.








Pelbagai platform boleh digunakan untul kita membayar zakat fitrah.

1. EZakatpay

Hanya duduk di rumah, anda bantu kami untuk salurkan kepada mereka yang memerlukan. Zakat anda, manfaat buat lapan golongan asnaf!

TUNAIKAN ZAKAT ANDA SECARA ONLINE melalui EZakatpay:  https://fpx.zakatselangor.com.my
 
Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai!




i - Layari Zakat Selangor
ii - Isi Butiran Penuh Lengkap dan klik "Bayar Sekarang".
iii - Kaedah Pembayaran FPX (online Banking) atau JomPay.
iv - Buat Pembayaran Penuh
v - Simpan Resit

2. Aplikasi E Wallet

kalau korang jenis yg lagi mesra dengan applikasi Ewallet, korang boleh jugak bayar melalui apps seperti; Boost dan GoPayz.





3. Perbankang Internet

Bagi yang lebih selesa bayar guna internet banking mcm aku, korang juga boleh bayar zakat guna Maybank2u, CIMB Clicks

i - Maybank2u


kadar zakat fitrah bagi Negeri Selangor adalah RM7

ii - CIMB Clicks





 
Dengan tersedianya pelbagai platform bayaran zakat diatas talian, maka tidak ada alasan untuk kita sukar menunaikan Zakat Fitrah.






Platform social media Lembaga Zakat Selangor;






Monday, 20 April 2020

Resepi Pengat Pisang dan Sagu

Alhamdulillah hari ni rajin sikit, menu minum petang kali ni abang buat Pengat Pisang.. 😋😋😋

Resepi yang sangat mudah dah simple...

2-3 biji pisang (ikut cita rasa)
1 kotak santan ayam brand
3/4 cawan gula melaka
2 cawan air
1/2 cawan sagu
3 helai daun pandan
Secubit garam

Cara² masak

1. Rebus sagu sehingga jernih. Tapis dan ketepikan dahulu
2. Di periuk lain, masak dengan api sederhana air dan gula melaka serta daun pandan. Masak sehingga gula betul-betul larut
3. Gula dah larut, masukkan hirisan pisang, santan dan sagu.
4. Biarkan sehingga mendidih selama 5 minit.
5. Letakkan secubit garam, kacau dan padamkan api.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Note : Kalau korang suka pengat korang manis, boleh tambahkan sedikit gula pasir.



Selamat Mencuba Korang

Kekal Sihat, Kekal Di Rumah dan Jaga Kesihatan








Wednesday, 18 March 2020

Taman Negeri Kenaboi - Permata Tersembunyi Negeri Sembilan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

"Kembali Kepada Fitrah"

Itulah Tema ataupun Slogan kami untuk Program kali ini, dimana tiba masanya untuk kita bersatu dengan alam semula jadi seketika.





"Hutan Hijau Jalan Berbukit"
"Hati Tenang Damai Terasa"
"Seronok Bersama Bermain Rakit"
"Hutan Indah Peliharalah Bersama"


Satu pengalaman yang cukup indah dan berharga buat aku, bila dapat bersatu dengan alam semula jadi yang indah dah damai.

Baru² ni aku ada sertai Fam Trip ke Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan, Anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Seramai 35 peserta dengan penglibatan 4 buah negara luar iaitu dari Indonesia, Filipina, Korea, Jepun serta media tempatan, terdiri daripada RTM, para blogger dan influencer dalam Fam Trip kali ini.

Serius aku pertama kali dengar nama Taman Negeri ni, walaupun aku mmg Jenis yang suka lakukan aktiviti luar trekking dan hiking. Tak menjangkakan apa² yang luar biasa ada kat situ.


Anggappan aku meleset sejurus saja sampai kat situ...aku dihidangkan dengan keindahan bunyi unggas² hutan yang merdu yang sangat meriah seakan ada konsert serangga dan burung²..sangat menakjubkan.


Suasana tapak Perkhemahan Yang sangat indah, berhampiran aliran air terjun menjadikan suasana lebih indah dan tenang.





Kami tidur didalam khemah yang disediakan oleh Taman Negeri, tapi korang boleh jugak dan digalakkan bawa khemah sendiri untuk faktor keselesaan dan kebersihan. Fuhhh nasib baik memamg dah biasa tidur dalam khemah, jadi bukanlah satu masalah bagi aku.

Khemah dekat dengan air sungai jadi memang seronok lah nak mandi, best giler.




Lembaga Pelancongan NS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 80,000 buat pertama kalinya untuk perancangan dan penubuhan Santuari Ikan Kenaboi bermula tahun ini.


Selaras dengan hasrat penubuhan santuari ikan Kenaboi, sebanyak 2,000 benih ikan lampam sungai dan terbol telah dilepaskan bersama Tn. Hj. Saleh Awaludin (Pengarah Perhutanan NS) dan En. Halimi Abu Hanip (Pengarah Perikanan NS) sebagai simbolik kerjasama erat antara dua agensi bagi merealisasikan hasrat murni ini.









Kami menyelusuri anak sungai yang cantik sepanjang perjalanan untuk ketempat pelepasan 2000 anak ikan pada hari itu....sangat seronok... ohsem ohsem ohsem.





Taman Negeri Kenaboi ni dibuka untuk pelawat dan beroperasi seperti berikut

Waktu Operasi : 8 am - 5 pm
Dibuka Setiap Hari Termasuk Hari Cuti

Bayaran Masuk : RM5
Tapak Khemah : RM5

Fasiliti: Infrastruktur sedia ada di Taman Negeri Kenaboi adalah Pejabat Pentadbiran, asrama, kuarters, dewan terbuka, dewan taklimat, kantin, bilik doa, jambatan, tandas dan tandas.

Untuk Dorm Bayaran hanya RM15 setiap orang maksimum 20 orang dengan Harga RM300.


Boleh Hubungi Pegawai Taman Negeri

Puan Nina (Pen. Pengarah Taman Negeri)
013 - 346 7967

Tom - (Ranger Hutan)
013 614 8044





Digalakkan untuk booking terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan tapak khemah penuh. Sebab kat sini maksimum pax boleh tampung hanya 100 orang.


"Unggas Merdu Halwa Telingaku"
"Sejuknya Sungai Menusuk ke Kalbu"
"Kenaboi Indah Damai Selalu"
"Peliharalah Ia Untuk Anak Cucu"



Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)