Tips Penjagaan Mata Bagi Anak² yg Giler Gajet

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Dunia makin hari makin maju, boleh dikatakan semua dihujung jari.  Dari kerja hinggalah ke pembelajaran anak² kebanyakan menggunakan peranti pintar mudah alih.


Secara tidak langsung mata kita makin hari makin penat disebabkan oleh terdedah dengan cahaya dari gajet yg kita gunakan seharian.


Alhamdulillah, baru2 ni aku berpeluang sertai perkongsian seminar melalui zoom meeting mengenai penjagaan mata bagi anak² yg terlelalu obses dgn gajet oleh Dr Mohamad Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare.


Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata


1. Peningkatan Power Spek Mata



Bagi anak² yg ditakdirkan awal memakai cermin mata akan nampak ketara bagi peningkatan power spek mereka, ini disebabkan mata terlalu bekerja keras fokus pada satu benda pada jangka masa yg lama. Bola mata akan jadi memanjang dan lama kelamaan urat saraf dibelakang mata akan koyak dan boleh menyebabkan buta.


2. Otot Fokus Mata Yang Tak Stabil



Bola mata kita ibarat kamera digital yang canggih, kanta dalam kamera ibarat kanta mata kita yang mengawal fokus penglihatan.  Jadinya jika terlalu fokus pada satu benda terlalu lama, otot mata akan jadi letih dan punca kepada mata kabur.


3. Mata Cepat Penat dan Kering



Penggunaan Gajet yg terlalu lama akan menyebabkan mata kita cepat penat disebabkan terlalu fokus pada satu benda.  Mata menjadi kering akibat kurang berkedip oleh kerana terlalu fokus pada gajet.


4. Juling



Juling merupakan benda paling yg nak kita elakkan, mata akan jadi Juling jika mata terlalu penat yg menyebabkan kehilangan kawalan fokus pada mata dan Akhirnya mata jadi Juling.


5. Insomnia (Sukar Tidur Malam)



Akibat kebiasaan mereka (anak2) menggunakan gajet yg terlalu lama dan tidak terkawal, corak tidur mereka secara tidak langsung berubah yg mengakibatkan kesukaran untuk lena pada waktu malam, dan akan berjaga sehingga lewat malam.



Cara2 Kawal Penggunaan Gajet Anak²


1. Berehat Sebentar Dari Menggunakan Gajet



Setiap amggota badan kita memerlukan rehat yg cukup supaya dapat berfungsi dengan baik, begitu juga mata, galakkan anak² untuk kerap rehat dan lihat pemandangan luar, alam semula jadi supaya mata lebih segar.


2. Galakkan Aktiviti Luar Rumah



Lakukan lah apa jua aktiviti luar rumah yg selamat supaya badan jadi Segar dan sihat, mata lebih segar dapat melihat alam semula jadi yg indah.


3. Bagi Ganjaran Buat Anak²



Anak2 yg membesar sangat2 memerlukan dorongan dan sokongan ibu bapa dalam setiap apa yg mereka lakukan, dengan memberi ganjaran pada pencapaian mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.  Ganjaran dari segi bercuti, berkhemah sama2 mahupun masak makanan kegemaran mereka.


4. Penggunaan Kanta Penapis Cahaya Biru





Dengan Teknologi baru sekarang, terdapat spek mata yang boleh tapis cahaya biru dari gajet, ini secara tidak langsung dapat kurangkan risiko akibat guna gajet terlalu lama.

Sebagai ibu bapa , kena harus peka pada kesihatan anak² kita, haruslah segerakan berjumpa dengan Doktor jika perasan perubahan yg ketara pada mata² anak, cegah itu lagi baik dari mengubati. 


5. Kanta Khas Untuk Penggunaan Gajet



Mata kita akan berkelip jika mata kering, jadi untuk elak dari mata kering berkelip lah selalu.  Jika kerap sangat ibu bapa harus segera bawak ke Klinik mata

Terdapat kanta khas yg khusus direka untuk penggunaan Gajet, boleh ke Optom Eyecare untuk membuat pemeriksaan mendapatkannya.


Nasihat dari Pakar Mata






Kiddos Eyecare By Optom-Eyecare

Berita gembira buat mereka yg tinggal berhampiran, Optom Eyecare Bangi akan adakan Pemeriksaan mata kanak² percuma pada 11/12/2021.  Rebut peluang ini untuk kita tahu kesihatan mata anak2 kita.




Info Lanjut:

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : 601111479093

Post a Comment

0 Comments