MySejiran : MOU Antara Alphacomp dengan Peniaga B40

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Kenali Alphacomb Sdn Bhd.

Alphacomp Solution Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT),  Sistem perisian dan perkakasan (software and hardware). 


Dengan adanya pasukan yang kuat kami yakin dan percaya syarikat kami setanding dengan syarikat lain malah lebih lagi kerana idea kami lebih kepada membantu para peniaga dengan sistem yang berinovasi tinggi.


Memorandum Persefahaman (MOU) 




24 November 2021- Alphacomp Solution Sdn Bhd memperkenalkan satu sistem yang dicipta khas bagi mengabungkan semua industri bagi mendorong para usahawan/ peniaga meluaskan permiagaan mereka ke radius yang lebih besar. 

Golongan sasaran kami adalah semua golongan usahawan / peniaga yang berniaga tidak kira permiagaan
yang diasaskan itu secara besar-besaran mahupun keci-keclan dan ianya terbuka untuk semua jenis peniagaan.

Kelebihan MySejiran

Terdapat banyak faedah atau kelebihan kepada peniaga diantaranya adalah
i. Mematuhi S.O.P - Q Sistem ( Sistem Menunggu / Sistem Giliran)- 

Pelanggan tidak perlu berasak atau menunggu lebih lama di kedai / restoran/ gerai / butik dan lain-lain.

ii. Menjimatkan Tenaga Kerja dan Masa.

Digital Menu dengan memperkenalkan "QR Code" Pelanggan hanya perlu mengimbas QR Code untuk membuat pesanan secara dalam talian.

iii. Geran Kerajaan 

Pihak pengurusan akan membantu para peniaga untuk mendapatkan Geran daripada badan-badan kerajaan dengan menggunakan database pemiagaan peniaga (merchant) bagi memperluaskan perniagaan mereka.

Kelebihan Tambahan :
iv. Di dalam sistem ini pelanggan mereka boleh membuat pilihan samada untuk makan di kedai (Dine In), bawa pulang (Take Away) atau menggunakan perkhidmatan penghantaran (Delivery).

v. Lebih menarik pengguna akan mendapat E-Voucher setaip kali menggunakan perkhidmatan MySejiran.
Vaucer akan diberikan secara berterusan dengan kaedah B2B (Belian atas belian Purchase with Purchase)

vi. TIADA SEBARANG CAJ TAMBAHAN di kenakan kepada para peniaga. Kesemua caj yang dikenakan oleh peniaga akan terus masuk ke dalam akaun peniaga.


Diantara Persatuan yang menandatangani Memorandum Persefahaman hari ini adalah:

1. Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman
2. Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Sg. Besi Kuala Lumpur
3. Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur
4.Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa 2
5. Persatuan Peniaga Dan Penjaja Bumiputera Wlayah Persekutuan
Kawasan Cochrane
6. Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan








Seramai 10,000 peniaga berdaftar dan menggunakan sistem MySejiran dan kami menganggarkan lebih 2.5 juta para usahawan B40 seluruh Malaysia yang akan turut serta. 

Selain daripada membantu para usahawan B40 kita juga dapat membantu kerajaan untuk mendapatkan database para peniaga untuk mendapatkan geran yang selayaknya buat mereka bagi mengembangkan lagi pemiagaan ke peringkat seterusnya.



Selaras dengan cogankata "KELUARGA MALAYSIA" kami amat menitikberatkan perihal keselamatan diri warga masyarakat yang berniaga (Peniaga) dan membeli (Pembeli / Pengguna) dalam era menangani pandemik covid-19 yang semakin mencabar ini. 

Dalam situasi sekarang sistem inovasi yang berteknologi tinggi amat diperlukan dalam memastikan setiap daripada kita dilindungi dan dihindari dari wabak yang
berbahaya ini.



Dengan adanya suntikan dana daripada pihak Eutopos Equity Sdn Bhd sebanyak RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) untuk kami memperluaskan lagi sistem ini ke persada yang lebih tinggi dan kami percaya sistem ini akan lebih dikenali di seluruh Malaysia.




Banyak pihak yang menjalinkan kerjasama dengan kami diantaranya Howden lnsurance, Amanah Ikhtiar
Malaysia, beberapa institusi kewangan dan beberapa kementerian.



Post a Comment

0 Comments