Nostalgia Cafe Sudirman Buffet Ramadan Di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera





Ramadan tiba....Ramadan tiba....Marhaban Ya Ramadan




Pejam celik sekejap je kita bakal menyambut Bulan Ramadan yang Mulia. Disamping kita melakukan ibadah puasa,  waktu berbuka adalah waktu yang paling menggembirakan buat setiap insan yang berpuasa.


Cerita bab buka puasa dan juadah2 nya memang akan buat nafsu makan kita membuak2.  Alhamdulillah tahun ni kita dapat berpuasa dan berbuka seperti biasa dimana Kerajaan dah benarkan Hotel2 dan Restoran untuk beroperasi seperti biasa cumanya kena patuh SOP.


Berbaloi ke? Buffet Ramadan Di Cafe Sudirman, Koptown EDC Hotel KL 


Bagi mereka yang inginkan suasana makan yang penuh nostalgia kenangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad korang wajib datang sini.






Sempena Ramadan kali ni, pihak hotel menawarkan harga buffet yang sangat berpatutan, yelah kan zaman Covid ni masing2 kena berjimat.  Korang mesti dah rindu nak buka sama2 dengan keluarga dan rakan2....kadang2 kita yg bekerja tak sempat nak masak untuk berbuka, jadi solusi paling ngam adalah buka di luar...boleh jugak support Hotel2 yang sangat terkesan denagn situasi sekarang ni.




Kat sini dia punya Menu adalah bercirikan lauk pauk ala2 kampung, dapatlah jugak lepaskan rindu nak makan masakn mak kat kampung, almaklumlah nak rentas negeri tak boleh kan.


Antara menu Utama diorang adalah seperti;

Nasi Putih dan Nasi Tomato

Menu Lauk pulak ada Koh Po Sotong, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Siput Sedut Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Tetel, Burung Puyuh Percik, Ayam Masak Merah, Sayur Pucuk Manis Masak Lemak, Ikan Bakar dan Pelbagai Jenis Ulam - ulaman.



Sayur Campur


Pucuk Manis Masak Lemak


Ulam ulaman

Kari Kepala Ikan


Masak Lemak Tetel


Ayam Masak Merah


Burung Puyuh Percik


Salad


Koh Po Sotong


Asam Pedas Tetel



Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagi Jenis Kuih Muih, Puding dan Agar2, Aneka kek potong, Puding Butter Pisang dan Aneka bubur.







Konsep kat sini pihak hotel akan menerima temnpahan minimum 20 orang dan maksimum 150 orang  dalam satu2 masa, jadinya dorang akan masak berpandukan jumlah tetamu yang booking pada malam itu, bagi aku bagus macam ni sebab boleh elakkan pembaziran, dan yang syoknya chef akan masak segar pada haritu khas untuk tetamu yg hadir.


Berapa Harga Buffet Ramadan kat SINI?

 

Harga bermula dari serendah RM55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak2, tapi kalau korang tempah 9 orang dapat percuma 1 orang (Beli 9 Percuma 1) gitu.  Bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam, bab parking korang jangan risau, pihak hotel ada sediakan parking di Blok B dengan harga RM5 sekali masuk.




Surau Yang Luas Dan Selesa

Aku sempat tumpang untuk solat Maghrib kat sini pada malam tu, first impression aku bila sampai kat dorang punya surau...WOOW 

Surau yang selesa dan bersih, tempat wudhuk sangat bersih dan teratur, bagi aku benda ni sangat penting, dan boleh jadi dorang punya one of selling point, yelah kita as Muslim mestilah nak solat lepas buka puasa kan, so bagi aku perkara ni memang wajib ada pada setiap hotel kat Malaysia ni.






SALUTE to Koptown EDC HOTEL Kuala Lumpur



view waktu malam



Untuk Tempahan dan Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

03 4051 9191 / 012 911 2569 / 03 4050 3601


Website : EDC KL

Email: sales2@edckl.com.my

Direction: Map




Post a comment

0 Comments