Hiking Bukit Jugra

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni dapat rezeki dipanjangkan umur untuk panjat Bukit Jugra kat Banting Selangor.





Macam biasa... geng ² kami akan hiking satu minggu satu bukit, jadi minggu ni dengan plan yg singkat kami decided panjat Bukit Jugra.




It was fun and sangat seronok sebab laluan ke Puncak sangat redup, kami naik dari entrance Masjid Al Muttaqin.

Dengan ketinggian 120 Meter dari aras laut, namun cabaran nak ke Puncak memang terasa.




Walaupun tidak begitu tinggi namun dengan dongakan yg curam untuk ke puncak membuatkan Bukit ini agak mencabar.

Walaubagaimanapun, ianya masih boleh didaki oleh semua golongan masyarakat, dari budak² hinggalah ke warga emas yg sihat.

Yang seronoknya kat sini ialah aktiviti Paragliding yang memamg aktif, akan sentiasa ada orang yang buat, dengan bayaran serendah RM200 korang pun boleh buat.




Pemandangan dari atas Bukit Jugra tu memang SubhanAllah cantik sungguh Keindahan Alam semula jadi ciptaan Tuhan, ada laut dan Bukit bukau yg indah.








Jadi kalau korang yang tak tahu nak buat apa pada hujung minggu, aku sarankan buat lah aktiviti hiking ni.

Bukan saja seronok tapi sangat sihat, Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yg baik untuk aku lakukan.



Satu Minggu Satu Bukit

Post a Comment

0 Comments