7 Tempat Best Sekitar Bentong, Raub dan Lipis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Dengan kembali bukanya Pelancongan Domestik bagi rakyat Malaysia untuk melancong didalam Negara, abang tak lepaskan peluang untuk membantu ekonomi rakyat setempat dengan travel dalam negara.

Minggu lepas abang dan kawan² travel ke 3 Daerah di Negeri Pahang Darul Makmur dimana kami ke Bentong, Raub dan Lipis.

Jadi abang nak kongsi 7 Tempat yang best sepanjang trip kami ke sana.


Bentong


Daerah pertama yang kami lawat, perjalanan mengabil masa dalm 2jam lebih dari Kuala Lumpur. 

1.  Chalet Mama Papa, Janda Baik, Bentong



Chalet yang indah dikelilingi hutan hijau dan air terjun yang jernih dan sejuk 

Lebih fokus untuk family stay dimana terdapat 14 jenis bilik untuk korang pilih ikut keselesaan masing². Ada juga dorm untuk korang yg dtg dengan kawan² ramai.





Pakej harga satu malam dalam RM140 - RM420 dimana kat sini boleh dikatakan semuanya ada, setiap bilik ada air-conditioning, ada padang untuk beriadah, air sungai tepi bilik, ada activity memanah, ATV, yang suka berBBQ pun tempat disediakan.




Walaupun bilik ber aircond bagi aku kat sini dah cukup sejuk, malam² komfem xyah pasang aircond.


Untuk info lanjut boleh lawati

Tel: 019 368 8594
Email: mamapapachalet@gmail.com


2. The Radiant Retreats




Tempat yang sangat sesuai untuk korang bawak anak² kenali alam semula jadi, kat sini korang akan temui pelbagai jenis tumbuhan yang memamg ditanam dan dan dijaga .

Sangat sesuai untuk bawak pelajar sekolah sebab pelbagai aktiviti yang memang menarik untuk golongan pelajar².








Untuk info lanjut boleh rujuk di bawah

Tel :    013-369 7460


3. The Land, Bentong



The Land, Bentong bagi aku tempat yang sangat indah, tenang dan damai, berkonsepkan kekeluargaan dimana sesuai untuk bawak anak² kenali alam semula jadi dan lari dari kesibukan kota.




Dikelilingi dusun buah buahan² menjadikan tempat ni sangat sesuai untuk korang makan buah² an tenpatan terutama durian. Kat sini juga ada haiwan seperti Angsa, itik, kambing dan kolam ikan.





Sejuruh aku jejak kaki kat sini ketenangan itu terasa dan rasa sangat selesa, pemilik tempat ni kata korang yang suka nak jamming dan main alat musik kuat² pun xda hal sebab mmg jauh dari kampung.








Untuk Info Lanjut boleh Rujuk di bawah

4637 Kampung Asap, 28600 Bentong


Boleh Terus Booking melalui AirBnB 

Book now: AirBnB

Tel: 012-370 8010


Raub

4. Tanah Aina Fahad

Berkonsepkan Glamorous Camping (Glamping) Tanah Aina Fahad sememangnya tempat yang sangat cantik, bersih, nyaman dan tenang.



Dalam satu bilik@khemah boleh muatkan 4 orang dimana sangat selesa, katil empul, ada kipas walaupun korang xkan guna punya sebab sejuk sangat kat sini.





Malam² boleh lepak² di ruang tamu mereka yang sangat selesa, ada alunan lunak riang² disertakan dengan bunyi air sungai yang deras.




Pada masa tu tengah musim durian... perghh apa lagi memang jamuan durian lah jawabnya, makanan kat sini memang sedap, tempat makan bersih.



Kami sempat bermain air sungai yang pada masa itu agak deras tapi seronok, kami delengkapi dengan jaket keselamatan dan mereka jugak sediakan staff untuk pantau keselamatan kami.






Serius memang best kalau korang stay kat sini di Tanah Aina Fahad.

Info Lanjut



5. Taman Eko Rimba Kenong



Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong, kami mengunakan 3 medium pengangkutan, mula2 kami bergerak menaiki bas dari Tanah Aina untuk ke Entrance Taman Rimba, kemudian menaiki lorry Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) untuk ke Jetty dan akhirnya menaiki bot ke Jetty Taman Eko Rimba Kenong.



Pada masa tu air sungai Pahang memang tinggi disebabkan hujan yg lebat berberapa hari sebelum, setibanya di Jetty kami diberi taklimat berkaitan tempat yang ingin dituju.

Gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar.


Untuk ke Gua² tersebut kami berjalan kaki macam jungle trekking gitu selama 45 minit untuk ynag fit dan 1jam untuk yg santai, perjalanan yang panjang dengan lecak, hutan dan paya, memang seronok untuk bermain bersama alam semula jadi.







Korang boleh jugak naik bot untuk ke Gua yg ada kat sini, cuma pada masa kami tu air sungai tinggi.

Kami dapat merasa masakan tradisional iaitu Nasi Kebuli.




Untuk Info Lanjut boleh rujuk di bawah




Lipis

Daerah terakhir yang kami lawati sepanjang trip kali ni adalah Lipis.


6. Starwell Hotel

Terletak betul² ditengah badar Lipis, Hotel yang setaraf dengan Hotel di Kuala Lumpur ni jadi tempat kami menginap, tempat yang strategic berdekatan dengan stesyen bas Lipis menjadikan Hotel ni tumpuan pelancong untuk bermalam disini.





Korang yang travel ke Lipis harus jadikan Starwell Hotel tempat korang bermalam, Bilik luas katil selesa.



7. Lipis Heritage Walk

Kat Bandar lipis ni terdapat banyak bangunan bersejarah seperti Rumah Residents Pertama British, Stesen Pertama Lipis, Kilometres 0 yang sinonim dengan Pejabat Pos Besar (GPO), Masjid Pertama Negeri Pahang dan Clifford Highschool dimana sekolah yang melahirkan ramai tokoh² dan orang ternama seperti Dato Siti Nurhaliza.









Bandar Lipis sememangnya cukup penuh dengan sejarah dan harus dijaga dan dicantikan untuk lebih menarik pelancong, banyak bangunan yg boleh dicantikan.


Zam Holiday



Sepanjang trip kami mengunakan khidmat bas pelancongan dari Zam Holiday, servis yang cukup mantap dan terbaik, SOP pencegahan Covid 19 mantap.







Bas selesa, ada kareoke dan yg paling penting bas disinfek dengan kerap.







Post a Comment

5 Comments

  1. Bestnya abang jalan2 tak ajak 🤣🤣 nanti nak jalan lipis jugak l

    ReplyDelete
  2. Bestnya abang jalan2 tak ajak 🤣🤣 nanti nak jalan lipis jugak l

    ReplyDelete
  3. Fuh! Cantik-cantik semua. Tinggal kena banyak share ni

    ReplyDelete
  4. Best best...lagi2 tanah Aina...syok wajib DTG tiap tahun lagi2 Times musim durian...fuhhh best

    ReplyDelete