" Everything is Ohsem "

Sunday, 10 November 2019

Sekitar Kemeriahan Sambutan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.





Summit USJ, Ahad 10 November 2019, berlangsungnya program " Merakyatkan Seni Budaya" yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Serumpun.








Majlis disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Exco), Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.




Majlis deserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Rashidi Abdullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Yang Berusaha Prof Madya Sahar Sa'adi Bin Hashim, Rektor Akademik Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Yang Berusaha Ahmad Firdaus Bin Dato' Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun, Yang Berusaha Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, dan Yang Berusaha Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar.




YB Datuk Rashid Berpendapat Penganjuran program melalui kerjasama strategik seperti ini amat digalakkan sebagaimana yang disarankan oleh Kerajaan dalam usaha memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya. 



Sememangnya Negeri Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan.



Jadi memang sangat bagus bagi aku utuk Kerajaan Melaksanakan Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya terus kekal segar untuk generasi seterusnya.


Dari dulu lagi Negeri Selangor menjadi tumpuan para penggiat seni untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka masing².


Seni Kebudayaan di Negeri Selangor pasti akan lebih maju dan berkembang dengan adanya kerjasama yang komprehensif dari pelbagai pihak penggiat Industry perlancongan dan kebudayaan agar lebih membangun dan holistik.


Untuk mengekalkan dan memperkasakan seni budaya yang berharga ini kerjasama dari pelbagai pihak amatlah penting, bukan hanya debahu Kerajaan, malah pihak² NGO juga sangat disarankan memainkan peranan bersama agar ianya kekal segar sepanjang zaman.


Pada program ini aku berkesempatan bermain permainan traditional yang disediakan, sangat seronok seperti mengimbas kembali memori zaman kanak² yang indah.








Majlis deserikan dengan persembahan tarian kebudayaan dari pelbagai etnik di Malaysia yang sangat³ menghiburkan.





Dan tidak ketinggalan persembahan lagu³ tradisional Melayu oleh Penyanyi Bersuara Merdu Bob Yusof.





Bagi aku, program Kebudayaan seperti sangat lah bagus untuk kita memperkenalkan seni budaya Kita kepada anak³ muda disamping mengekalkan ia agar sentiasa segar dan tidak lapuk ditelan zaman.

Diharapkan sangat Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang supaya kita senusy senantiasa ingat dan cinta akan seni Kebudayaan kita.





0 comments:

Post a comment

Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)