" Everything is Ohsem "

Wednesday, 27 November 2019

Mainan Ikonik McDonald Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Ingat lagi dulu² zaman sekolah menengah kumpul duit semata2 nak beli Happy Meal sebab nak kumpul dia punya toys. Rndunya zaman tu, lepak makan sama2 dengan kawan. Tetapi sekarang kumpul bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi anak juga.


Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald's Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu, dan memang terbaik boleh korang kumpul balik koleksi yang mengimbau kenangan manis zaman kanak² dulu.




Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada. 






"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini.


Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.


Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan. 




Aku jenis yang suka makan ramai² happy2 lagi2 kat McDonald’s, sebab bila makan ramai² rasa macam takde masalah langsung..lagi2 bila letak semua kentang goreng atas tray lepas tu makan sama² indahnya rasa! Itu yang menjadikan McDonald’s sebagai Family restaurant nombor satu di Malaysia sebab kita suka makan ramai²


Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut, yang pastinya amat dekat di hati pelanggan-pelanggan kami sejak sekian lama:  


Terdapat 14 Jenis Mainan Ikonik yang terpilih untuk edisi terhad ini. 


    Cowboy McNugget (McDonald's): 1988

    Fireman McNugget (McDonald's): 1988

    McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988

    Hamburger Changeable (McDonald's): 1989

    Grimace (McDonald's): 1990

    Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991

    McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993

    Hamburglar (McDonald's): 1995

    Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996

    Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997

    Tamagotchi (Bandai): 1998

    My Little Pony (Hasbro): 1998

    Furby (Hasbro): 1999

    Hello Kitty (Sanrio): 2013



"Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Kadang² tak kisah pun meal kat dalam box tu, yang penting dia punya toys, tapi mestilah makan, jangan membazir ya.


Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.


Merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar daripada budaya McDonald’s. Melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. 




Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.


Boleh lah korang nak buat majlis sempena konvo ke, dapat gaji pertama ke, ataupun buat gathering kawan masa belajar….ish seronok tu.




Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat. 


Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web www.mcdonalds.com.my.




Sejak dulu lagi mainan Happy Meal kat McDonald’s memang jadi sasaran aku, lagi² keluaran terhad, dan moment yang aku tak boleh lupa pusing satu Klang cari Pikachu masa Happy Meal buat edisi Pokemon, hahahah rasa dia puas lain macam bila dapat tu.



0 comments:

Post a Comment

Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (1)