Hauntu - Seram, cemas dan Mendebarkan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Kali ni aku nak kongsi pengalaman yang perghhh yang memang beremang bulu roma.


Baru² ni aku dan rakan media ada join program anjuran Tourism Malaysia Sentral yg dimana salah satu tempat yg bagi aku sangat menarik adalah di  Hauntu @ Linc, Kuala Lumpur.



Masa tu kami diberi misi untuk selesaikan satu kisah misteri bertajuk  The Tourist 1957, semuanya berlaku pada malam 31 Ogos 1957 di The Colle Eastern Hotel.





Yang istimewa pasal Hauntu  ialah bila seni theater digabungkan dan diadun bersama cerita seram (rumah hantu) dimana ianya jadi sangat unik dan sesuatu yang baru di Malaysia, pengalaman baru yang sangat seronok bagi aku, dan Rumah Hantu Interaktif Pertama di Malaysia dan Asia Tenggara




Di  Hauntu mereka tawarkan tiga kisah seram pada garis masa yang berbeza diantara 1950-an, 1980-an dan 1990-an dan pada malam tu kami bermain dalam kisah The Tourist - Era 1950-an. 


Mula saja permainan kisah seram ini , serius ianya memang seakan nyata dimana kami merasakan suasan sebenar bermula di kaunter pendaftaran hotel, kami diberi kunci, Beg untuk dibawa ke Bilil hotel, dihidangkan minuman selamat datang dan akan ada pekerja hotel yang akan bawak ke bilik yg didaftarkan.....





Dannn.......semuanya bakal bermula dan berubah ketika korang di bilik itu...


Semua yang bakal terjadi pada cerita seram ini adalah 100% berdasarkan keputusan yang korang buat sepanjang permainan kisah seram ini.


Terdapat kira² 6 pengakhiran yang berbeza yang akan terjadi bagi kisah The Tourist ni.


Sama macam peraturan rumah hantu, korang tak boleh sentuh pelakon semasa permainan bermula dan mereka juga tak akan sentuh korang. Semua peraturan tu akan diterangkan sebelum korang mula.

Untuk satu kumpulan korang boleh main seramai 10 orang dan boleh jugak kalau nak main solo (hati kental).

Bagi aku yang paling menarik adalah para pelakon disini sangat menjiwai watak tambahan pula mereka merupakan pelajar seni theater yg berbakat giler..

Suasana zaman merdeka ala 50-an, kesan bunyi yang bagus dan props yang terbaik dikukuhkan dengan pelakon yang mantap akan buat korang cemas,gugup, dup dap dup dap dan perasaan seram yang membuak buak.

Hauntu Malaysia @ Linc



Hauntu  bukan rumah hantu yang biasa kita alami, ia merupakan seni lakonan + unsur seram yang asli yang akan mencetuskan rasa seram semula jadi dalam diri (Adrenaline korang akan membuak buak).

Korang Wajib Cuba

Untuk info lanjut pasal tempat ni korang boleh lawat laman sesawang mereka seperti di bawah .


Instagram:  @hautumy

Facebook : Hauntu Malaysia

Web: Hauntu Malaysia




























Post a Comment

0 Comments